Pengenalan




Assalamu'alaikum

Mari kita berkenalan bersama Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI 2014).

PTI 2014 kal diadakan pada 25 Oktober 2014 (Sabtu) dengan bertemakan "Malaysia Menuju Negara Rahmah", Kita ambil kesempatan ini untuk menjelaskan kedudukan Perhimpunan tahunan IKRAM (PTI) dalam organisasi kita. Sebahagiannya dalam bentuk FAQ

1. PTI Bukan Mesyuarat Agung
PTI bukannnya mesyuarat agung tahunan IKRAM. Berbeza dengan PPN JIM atau Muktamar PAS yang merupakan mesyuarat agung yang terdapat keperluan mengadakannnya mengikut Undang-undang JIM atau PAS dan dikehendaki oleh Pendaftar Pertubuhan..Maka yang hadir ke PPN JIM atau Muktamar PAS adalah para perwakilan yang telah dilantik mengikut peraturan-peraturan tertentu. Manakala yang hadir ke PTI bukannya bersifat perwakilan. Kita telah putuskan agar PTI boleh dihadiri oleh semua ahli-ahli IKRAM dengan keutamaan kepada yang memegang jawatan dan berperanan di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah dengan membuka pendaftaran awal kepada kategori ini.


2. Bila Mesyuarat Agung IKRAM?
Mesyuarat Agung IKRAM berlaku dalam salah satu DPN. Kita panggilnya DPN Tahunan. Dalam DPN Tahunan kita laksanakan semua yang dikehendaki oleh Pendaftar Pertubuhan bagi semua pertubuhan laksanakan Mesyuarat Agung: seperti meneliti Laporan Tahunan SUA, Meluluskan Penyata Kewangan, bahas usul dll..seperti yang dilaksanakan dalam MAD dan MPN, masing-masing di IKRAM Daerah dan Negeri> Dokumen-dokumen berkaitan perlu dihantar ke Pendaftar Pertubuhan selpas DPN Khas ini. Ini antara keunikan IKRAM. Mesyuarat Agung Tahunannya dihadiri oleh seramai 111 orang sahaja, yang memberi ruang yang lebih untuk perbahasan dan penelitian laporan dan usul-usul..


3. Kenapa Adakan PTI?
PTI dilaksanakan bagi mewujudkan satu forum bagi menghimpunkan semua aktivis dan ahli IKRAM bagi mendengar amanat Presiden serta beberapa acara yang diadakan termasuk memberi feedback dan muhasabah kepada pimpinan dan organisasi.

4. Apa pula peranan PAT dan PATWA?
PAT dan PATWA hanya melibatkan AT sahaja. PAT secara jelas disebut dalam Undang-undang IKRAM, perlu diadakan setiap tahun dengan pemilihan Ahli DPN setiap 4 tahun.

5. Tidak memadai kah dengan PAT dan PATWA sahaja
PAT dan PATWA melibatkan hanya AT sahaja. Namun aktivis IKRAM termasuk sebahagian JKD adalah AA dan AB. PTI memberi peluang kepada semua aktivis dan ahli dari semua peringkat ahli untuk hadir dalam perhimpunan tahunan ini. PTI juga memberi peluang untuk menjemput tetamu luar untuk hadir ke majlis kita. Kita ada keterbatasan untuk jemput tetamu luar hadir ke PAT atau PATWA kerana perkara yang dibincangkan di situ banyak bersifat dalaman. Kehadiran tetamu luar ke PTI memberi peluang kepada mereka untuk turut mengenali IKRAM juga berpeluang memahami hala tuju IKRAM dengan mengikuti Ucapan dasar Presiden.


6. Bilakah kita mula adakan PTI?

ALhamdulillah,PTI mula diadakan pada tahun lepas (2013), tiga tahun selepas IKRAM dilancarkan.Cuma kebetulan PTI tahun lepas diadakan back-to-back dengan PAT dan PATWA yang menyebabkan ramai yang tidak perasan..

Tn Haji Nahar Md Noor
Penasihat PTI